Cari @ Amanz

Koronavirus merupakan salah satu ancaman kesihatan yang menjadi kerisauan ramai orang seluruh dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Ia juga secara tidak langsung memberikan impak terhadap ekonomi, sekaligus membuatkan sejumlah acara yang dijadualkan terpaksa ditangguhkan untuk mengelak orang ramai berhimpun disesuatu lokasi dan terdedah kepada ancaman berkenaan.

Selepas Mobile World Congress dibatalkan tempoh hari, kini pihak Facebook turut membatalkan acara tahunan mereka memfokuskan para pembangun, iaitu F8.

Ia sebelum ini telah dijadualkan untuk berlangsung pada 5 dan 6 Mei 2020. Namun, disebabkan kebimbangan Covid-19 ini, acara berkenaan akan dibatalkan.

Apa pun, Facebook masih akan berkongsi sejumlah kandungan dan perkara baru yang dirancang mereka melalui secara penstriman langsung atas-talian.

Selain acara ini, semalam pihak Arab Saudi turut telah mengumumkan halangan kemasukkan ke Mekah dan Madinah untuk ibadah umrah kerana Covid-19.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd