Samsung Galaxy A01 Kini Rasmi Di Malaysia – Berharga RM449

Samsung Galaxy A01 Kini Rasmi Di Malaysia – Berharga RM449

Diterbitkan pada Feb 28, 2020 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Samsung Galaxy A01. Ia merupakan peranti pada kelas asas-pertengahan, dan ditawarkan di Malaysia pada harga RM449.

Samsung Galaxy A01

Samsung Galaxy A01

Samsung Galaxy A01 menggunakan skrin 5.7-inci dengan rekaan bertakuk tengah, dijana cip lapan-teras, memori 2GB RAM dan storan 16GB (dengan storan boleh guna sebanyak 8.4GB).

Melengkapkan peranti ini adalah dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel. Peranti ini menggunakan pengecas berasaskan mikro-USB, dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Samsung Malaysia kini telah mula menawarkan telefon pintar ini untuk pasaran tempatan, dan ia boleh didapati pada harga RM449.



TIPS & ULASAN