Cari @ Amanz

Apple Merancang Untuk Menawarkan Papan Kekunci Dengan Trackpad Untuk iPad

Oleh Aman

Link Copied!

Apple sedia menawarkan beberapa variasi papan kekunci sebagai aksesori berasingan untuk tablet mereka, iPad. Terbaru, menurut laporan The Information, ia dikatakan yang mana Apple merancang untuk menawarkan aksesori papan kekunci baru untuk iPad, yang dijangka hadir dengan trackpad.

Trackpad merupakan ruangan yang sering ditawarkan pada papan kekunci komputer riba untuk mengawal tetikus. Penawaran ini sekaligus akan menjadikan iPad akan menjadi salah satu alternatif yang lebih menyeluruh untuk Macbook – memandangkan ada pengguna yang lebih selesa dengan trackpad berbanding penggunaan skrin sentuh.

Apple dijangka memperkenalkan aksesori papan kekunci terbaru ini bersama-sama pengenalan iPad Pro baru pada tahun ini.


Komen ()