Google Keep Akan Hadir Dengan Sokongan Mengambil Nota Pada Kunci Skrin

Google Keep Akan Hadir Dengan Sokongan Mengambil Nota Pada Kunci Skrin

Diterbitkan pada Feb 28, 2020 oleh .

Samsung Galaxy Note adalah peranti Samsung dengan sokongan S-Pen. S-Pen adalah stilus milik Samsun dan ia menyokong kemampuan mengambil note terus dari kunci skrin. Apa yang pengguna perlu lakukan adalah, mengeluarkan S-Pen dan terus menulis atau melukis. Terkini, Google cuba hadir dengan fungsi yang sama melalui aplikasi mengambil nota mereka sendiri – Google Keep.

<string name="lockscreen_drawing_finished">Done</string>
<string name="lockscreen_drawing_not_available">This feature is not available.</string>
<string name="lockscreen_drawing_overlay">Create Keep drawings while your device is locked</string>

Pihak XDA menemui barisan kod ini dalam fail .APK aplikasi Google Keep. Fungsi ini mula diuji sejak tahun 2017 lagi untuk Chromebook. Namun sehingga hari ini ia tidak kelihatan. Ada kemungkinan besar, kod dari APK ini adalah untuk peranti Chromebook atau bakal menyokong peranti Galaxy Note lain. Tidak mustahil untuk ia disokong terus melalui peranti Gakaxy Note 20 kelak? Jika Z Flip dan siri S20 ada Google Duo terbina, mengapa tidak Google Keep?



TIPS & ULASAN