Ini Adalah Telefon Popular 2019 – iPhone XR, iPhone 11, Galaxy A50

Ini Adalah Telefon Popular 2019 – iPhone XR, iPhone 11, Galaxy A50

Diterbitkan pada Feb 28, 2020 oleh .

Counterpoint Research merupakan salah satu organisasi yang mengeluarkan analisa berdasarkan kepada data dan statistik. Terbaru, hari ini mereka telah menerbitkan data terbaru berkaitan dengan jualan dan pegangan pasaran untuk model-model telefon pintar sepanjang 2019 yang lepas.

Global Telefon 2019

Melalui data yang dikeluarkan, telefon pintar yang paling popular sepanjang 2019 pada peringkat global adalah Apple iPhone XR, Apple iPhone 11 dan juga Samsung Galaxy A50. Menerajui 10 model teratas adalah Apple dan juga Samsung melalui penawaran siri Galaxy A mereka. Satu-satunya model peranti lain adalah Oppo melalui Oppo A5 yang menduduki tangga ke lima peranti paling popular.

Jikalau mengikut rantau pula, di rantau Asia Pasifik, Oppo A5s, Samsung Galaxy A50, Apple iPhone XR, Samsung Galaxy A10, dan Realme C2 menduduki tangga teratas peranti popular sepanjang 2019 yang lepas.


TIPS & ULASAN