Antaramuka Spotify Untuk iOS Dikemaskini
February 29, 2020
Aplikasi
Effi Saharudin
Spotify semalam mengumumkan kemas kini untuk aplikasi iOS mereka. Menerusinya ikon untuk memainkan lagu, menjeda, melakukan ulang main, menyukai lagu dan memuat turun kini lebih mudah diakses, Butang main kini lebih besar serta menonjol dalam aplikasi.
Turut dikemaskini ialah paparan kulit album pada sisi kanan lagu yang pada senarai main. Sebelum ini kulit album tidak dipaparkan langsung. Pada waktu ini kemas kini antaramuka hanya diberikan pada aplikasi iOS terlebih dahulu dengan versi Android akan menerimanya dalam masa terdekat. Pengguna aplikasi Spotify versi iOS di Malaysia boleh menggunakan antaramuka baharu hari ini,
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.