Luxembourg Kini Menawarkan Pengangkutan Awam Percuma Ke Seluruh Negara

Luxembourg Kini Menawarkan Pengangkutan Awam Percuma Ke Seluruh Negara

Diterbitkan pada Feb 29, 2020 oleh .

Bermula hari ini Liuxembourg secara rasmi menjadi negara pertama yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam percuma ke seluruh negara. Warga Luxembourg boleh menaiki bas, tram dan kereta api secara percuma selepas sebelum ini ia hanya ditawarkan di beberapa bandar tertentu sahaja.

Langkah yang telah dimulakan sejak 2018 ini adalah bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di ibu negara Luxembourg City. Tiket hanya perlu dibayar sekiranya ingin menggunakan gerabak kelas pertama kereta api dan perkhidmatan bas malam yang terpilih.

Selain mengurangkan kesesakan lalu lintas, penawaran pengangkutan awam percuma ini diharap dapat mengurangkan pencemaran di negara yang mempunyai keluasan separuh Negeri Sembilan.



TIPS & ULASAN