Iklan Apple Di Jepun Memaparkan Penggunaan MacBook Dalam Siri Anime

Iklan Apple Di Jepun Memaparkan Penggunaan MacBook Dalam Siri Anime

Diterbitkan pada Feb 29, 2020 oleh .

Jepun dan anime adalah seperti isi dengan kuku. Gaya animasi Jepun memang unik dan mudah dibezakan dari animasi barat. Untuk mengiklankan produk Mac mereka di negara matahari terbit, tidak mengejutkan Apple menggunakan klip watak siri anime menggunakan MacBook.

Iklan Behind the Mac terkini untuk pasaran Jepun memaparkan babak dari siri anime Weathering With You, The Wonderland, Gridman, Your Name dan banyak lagi. Jepun ialah antara negara dengan jumlah pengguna produk Apple yang tertinggi di dunia. Maka tidak mengejutkan iklan khusus yang menyasarkan warga Jepun seperti di atas telah dihasilkan. Jika Apple ingin menyasarkan pengguna Malaysia apakah yang perlu mereka lakukan? Kongsi pendapat anda di bawah?


TIPS & ULASAN