OnePlus telah pun memperlihatkan peranti konsep mereka pada awal tahun ini yang menerima pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna seluruh dunia. Terbaru, OnePlus telah mula mengacah sebuah lagi kejutan baru melalui media sosial mereka.
Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah yang bakal dipertontonkan mereka. Menurut OnePlus, ia bukanlah sebuah telefon pintar atau produk komersil. Ini bermakna, OnePlus akan memperlihatkan sebuah lagi peranti konsep pada 3 Mac 2020 ini.
Making progress. 👀 https://t.co/eImxR07Fpu pic.twitter.com/kU2cFRKmxF
— OnePlus UK (@OnePlus_UK) February 28, 2020
Bagi anda sendiri, apakah kejutan yang bakal diperlihatkan OnePlus ini? Adakah ia sebuah penawaran kamera baru daripada pihak OnePlus?