Samsung Mungkin Memperkenalkan Galaxy Tab S6 Lite

Samsung Mungkin Memperkenalkan Galaxy Tab S6 Lite

Diterbitkan pada Mac 2, 2020 oleh .

Samsung sering mempunyai sejumlah penawaran peranti yang berbeza mengikut kemampuan pengguna. Terbaru, dengan penawaran keluarga tablet Galaxy Tab S6, pihak Samsung turut diperkatakan akan memperkenalkan variasi “Lite” untuk tablet berkenaan.

Samsung Galaxy S6 Lite

Samsung Galaxy Tab S6 Lite ini dikatakan mungkin hadir dengan cip Exynos 9611, dilengkapi memori 4GB RAM, dan mungkin menyertakan sokongan stylus S-Pen bersama dengannya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Samsung akan memperkenalkan tablet terbaru mereka ini. Dengan ketirisan ini, sama-sama kita nantikan bilakah pihak Samsung akan memperkenalkannya.


TIPS & ULASAN