Cari @ Amanz

Dengan persaingan sengit dalam arena rangkaian telekomunikasi, kini ia diperkatakan Nokia sedang melihat kepada beberapa pilihan strategik – antaranya mungkin menjual syarikat atau mungkin bergabung dengan syarikat lain dalam mengukuhkan kedudukan.

Selain daripada kedua-dua pilihan berkenaan, Nokia juga mungkin membuat pilihan lain seperti mengoptimasikan operasi syarikat, pelaburan dan sebagainya.

Pada masa yang sama, beberapa desas-desus turut hadir, termasuk mengatakan Nokia mungkin bergabung dengan Ericsson, selain mungkin menerima sokongan kerajaan Amerika Syarikat.

Nokia sebelum ini telah mengatakan pasaran pada tahun ini mungkin adalah mendatar berbanding pada 2019 yang lepas. Pesaing terdekat Nokia dalam arena telekomunikasi adalah Huawei – yang turut menerima tekanan daripada Amerika Syarikat, tetapi infrastruktur yang ditawarkan mereka digunakan meluas di negara-negara lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd