Kesemua Pondok Telefon Awam Di New York Akan Dilupuskan Tahun Ini

Kesemua Pondok Telefon Awam Di New York Akan Dilupuskan Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 2, 2020 oleh .

Bilakah kali terakhir anda menggunakan sebuah telefon awam? Saya secara peribadi kali terakhir melakukannya pada tahun 1999 apabila telefon selular yang dimiliki kehabisan bateri. Sejak telefon selular mula digunakan secara meluas, pondok telefon awam semakin jarang digunakan dan di New York ia akan pupus menjelang penghujung 2020.

Dewan bandaraya New York akan mula melupuskan ribuan pondok telefon awam bermula dengan daerah Hell’s Kitchen. Tindakan ini diambil memandangkan penggunanya yang semakin berkurangan serta hanya menghalang laluan pejalan kaki. Ia akan digantikan dengan kiosk yang menawarkan WiFi percuma, port pengecas telefon pintar dan skrin sesentuh yang menawarkan maklumat kepada pelancong. Kiosk ini telah diperkenalkan di New York sejak 2014.

Dengan pelupusan pondok telefon awam, satu lagi ikon bandar Epal Besar ini akan ditelan zaman seperti teksi Checker yang kerap dilihat di dalam filem. Di Malaysia pondok telefon awam juga sudah semakin pupus. Pernah suatu ketika dahulu ia digantikan dengan pondok Internet percuma tetapi ia tidak bertahan lama kerana kerap mengalami kerosakan.



TIPS & ULASAN