Tiada Lagi Cortana Pada Pelancar Microsoft Launcher Bermula Mei Ini

Tiada Lagi Cortana Pada Pelancar Microsoft Launcher Bermula Mei Ini

Diterbitkan pada Mac 2, 2020 oleh .

Microsoft Launcher adalah pelancar untuk Android yang dihasilkan oleh Microsoft sendiri. Ia adalah versi baharu selepas Arrow Launcher yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Apa yang menarik dengan pelancar ini adalah, ia menawarkan akses-akses perkhidmatan Microsoft seperti integrasi Sticky Notes, OneDrive dan akses sejarah aktiviti Windows 10 terus ke peranti Android. Tidak lupa juga, melalui pelancar ini pengguna Android boleh mengakses pembantu digital mereka, Cortana dengan mudah.

Cortana Android

Dukacita dimaklumkan, pengguna Microsoft Launcher tidak lagi dapat mengakses Cortana bermula bulan Mei. Ini kerana, pada penghujung April tiada lagi akses Cortana disertakan dalam pelancar ini. Untuk mengakses Cortana, Microsoft telah menyertakannya dalam Microsoft 365. Cortana dalam Windows 10 juga telah dikemaskini dengan lebih pengoptimasian seperti akses yang lebih ketat dengan mewajibkan pengguna log masuk ke akaun Microsoft. Kemudian, kawalan muzik dan peranti berhubung tidak lagi dapat dilakukan. Akhir sekali, Microsoft turut menamatkan sokongan Cortana untuk peranti yang menjalankan Windows 10 versi lama dan hanya versi baharu sahaja Cortana boleh digunakan.



TIPS & ULASAN