Vivo NEX 3 adalah peranti mercu Vivo pada tahun lepas. Ia hadir dengan rekaan skrin waterfall yang mana mempunyai lengkungan 120 darjah dan mempunyai nisbah skrin-ke-badan yang tinggi. Peranti ini turut menyokong rangkaian 5G, tetapi disebabkan di Malaysia tiada sokongan 5G lagi – unit yang dijual di Malaysia sokongan 5G telah dimatikan.
Terkini, terdapat laporan mengatakan yang kemaskini kepada Vivo NEX 3 akan dilancarkan dalam masa terdekat. Peranti ini dikhabarkan akan diperkenalkan sebagai Vivo NEX 3S 5G. Ia akan dijana dengan Snapdragon 865, mengekalkan penggunaan skrin waterfall dan turut menyokong sistem pengecasan pantas Super FlashCharge 55W. Peranti ini sudah pun tersenarai di TENAA, yang pada awalnya dikatakan adalah Vivo NEX 3 biasa dengan warna baharu sahaja.
Skrin NEX 3S 5G adalah 6.89-inch 1080 x 2256 AMOLED, memori pula 8GB RAM dengan storan dalaman sehingga 256GB. Kamera utama adalah lensa 64MP digabungkan dengan lensa telefoto 13MP dan juga lensa sudut ultra lebar 13MP. Seperti NEX 3, kamera swafoto adalah dalam mekanisme pop-naik dengan lensa 16MP. Dalam senarai TENAA, ia disenaraikan dengan penggunaan bateri berkapasiti 4250mAh.
Tiada sebarang informasi lagi bilakah peranti ini akan dilancarkan atau adakah fungsi dan ciri dari peranti konsep Vivo APEX 2020 akan disertakan dalam peranti ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.