Tukar-Beli Peranti Lama Anda Dan Dapatkan Rebat Untuk Membeli Samsung Galaxy S20

Tukar-Beli Peranti Lama Anda Dan Dapatkan Rebat Untuk Membeli Samsung Galaxy S20

Diterbitkan pada Mac 5, 2020 oleh .

Siri Samsung Galaxy S20 sudah menjadi perbualan orang ramai sejak pelancarannya secara rasmi baru-baru ini. Telefon pintar ini membawakan rekaan dan spesifikasi yang premium terutamanya kebolehan kamera pada siri Galaxy S20. Di Malaysia, telefon pintar ini dipasarkan pada harga bermula RM3,599 hingga RM4,999.

Terdapat tiga buah model dibawah siri Galaxy S20 ini. Bagi model Galaxy S20 yang biasa, telefon pintar ini hadir dengan rekaan 6.2 inci Quad HD+ dengan paparan Infinity-O, sistem kamera utama gabungan 12MP+12MP+64MP bersama 10MP untuk kamera swafoto dan kapasiti bateri sebesar 4000 mAh.

Manakala bagi model Samsung Galaxy S20+ pula, telefon pintar ini dilengkapi dengan saiz skrin sebesar 6.7 inci Quad HD+ dengan paparan Infinity-O bersama kapasiti bateri sebesar 4500 mAh. Sokongan kamera bagi model ini adalah sama seperti model Galaxy S20 yang biasa, namun mempunyai satu fungsi tambahan, iaitu kamera sudut kedalaman 3D ToF.

Bagi model Galaxy S20 Ultra pula, saiz skrin peranti ini adalah sebesar 6.9 inci Quad HD+ dan baterinya berkapasiti 5000 mAh. Model ini membawakan sokongan kamera utama gabungan 12MP+108MP+48MP dengan sokongan kamera sudut kedalaman 3D ToF.  Manakala, kamera swafotonya pula adalah 40MP.

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan siri Galaxy S20 ini dan salah satu caranya adalah melalui tukar-beli peranti. Kini, Samsung telah melancarkan kempen yang membolehkan anda untuk tukar-beli peranti lama anda kepada wang tunai.

Pelancaran kempen ini adalah sebagai tanda terima kasih daripada Samsung kepada pengguna-pengguna setia yang berterusan menyokong dan menggunakan peranti mereka. Jadi sebagai tanda terima kasih, Samsung memberi penghargaan dengan menawarkan nilai tukar-beli yang tinggi untuk telefon pintar pengguna yang lama kepada telefon pintar Samsung.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan siri Galaxy S20 ini melalui program tukar-beli Samsung, ini adalah langkah-langkahnya.

  1. Pilih dan beli telefon pintar Samsung yang diingini di kedai pengedar rasmi Samsung.
  2. Lakukan sandaran fail (backup file) daripada telefon pintar lama anda dan muat-turun aplikasi InstaCash untuk mulakan sesi diagnos keadaan telefon pintar lama anda.
  3. Masukkan nombor pesanan (contoh: MY190903-XXXXXXXX) daripada resit pembelian yang telah diemelkan kepada anda daripada Samsung.
  4. Masukkan pesanan anda melalui aplikasi InstaCash dan pihak Samsung akan mengambil telefon pintar anda yang lama di lokasi yang anda inginkan.
  5. Kini anda sudah boleh dapatkan siri Galaxy S20 yang baru lebih murah daripada harga pasarannya melalui penolakkan harga tukar-beli peranti lama.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi InstaCash ini merupakan aplikasi yang membolehkan anda mendapatkan sebut harga bagi telefon pintar yang ingin ditukar-beli dalam masa hanya 60 saat sahaja. Ini sekaligus dapat memberi peluang kepada anda untuk membeli siri telefon pintar Galaxy S20 terkini pada harga yang lebih murah daripada harga pasarannya, hasil daripada penolakkan harga tukar-beli peranti tersebut.

Namun, perlu diingatkan bahawa program ini hanya boleh membuat tukar-beli peranti  untuk sebuah telefon pintar sahaja bagi setiap pembelian peranti Samsung. Anda juga perlulah merupakan pemilik yang sah untuk telefon pintar yang ingin ditukar-beli dan rangkaian serta nombor siri IMEI tidak disekat bagi membuktikan telefon pintar tersebut tidak dicuri atau palsu. Selain itu, anda haruslah bebas daripada mana-mana kontrak syarikat telekomunikasi.

Nilai Tukar-Beli Peranti Untuk Peranti Galaxy S20
Model Harga Pasaran
Samsung Galaxy Note 8 64GB RM1,010
Samsung Galaxy Note 9 128GB RM1,395
Samsung Galaxy Note 9 512GB RM1,530
Samsung Galaxy Note 10 256GB RM1,945
Samsung Galaxy Note 10 Plus 256GB RM2,255
Samsung Galaxy Note 10 Plus 512GB RM2,565
Samsung Galaxy S8 64GB RM865
Samsung Galaxy S8 Plus 64GB RM920
Samsung Galaxy S9 64GB RM970
Samsung Galaxy S9 Plus 64GB RM1,100
Samsung Galaxy S9 Plus 128GB RM1,120
Samsung Galaxy S9 Plus 256GB RM1,145
Samsung Galaxy S10e 128GB RM1,345
Samsung Galaxy S10 128GB RM1,615
Samsung Galaxy S10 Plus 128GB RM1,695

Berikut merupakan antara peranti-peranti Samsung yang mempunyai harga tukar-beli yang tinggi. Menurut Samsung, kini telah tiba masanya untuk mereka membalas jasa para pengguna setia yang terus sentiasa menyokong produk keluaran mereka. Oleh itu, Samsung melihat bahawa program tukar-beli peranti ini adalah cara terbaik untuk memberi penghargaan yang ikhlas kepada para pelanggan. Ternyata penawaran daripada Samsung melalui kempen tukar-beli peranti ini memberi kita peluang yang lebih besar untuk mendapatkan telefon pintar terkini dengan lebih mudah.

Malah, anda dapat berjimat dengan lebih banyak kerana anda perlu membayar harga yang lebih murah daripada harga pasaran untuk siri Galaxy S20 ini hasil daripada tukar-beli peranti lama. Jadi bagi anda yang berminat untuk memiliki telefon pintar siri Galaxy S20, boleh mendapatkannya melalui program tukar-beli peranti daripada Samsung.

Layari: Laman Rasmi Samsung Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN