Maxis Menggunakan Teknologi 5G Untuk Membantu Membangunkan Industri Pertanian Tempatan

Maxis Menggunakan Teknologi 5G Untuk Membantu Membangunkan Industri Pertanian Tempatan

Diterbitkan pada Mac 2, 2020 oleh .

Apabila bercakap mengenai teknologi 5G, orang ramai biasanya akan tertarik kepada ciri-ciri seperti sambungan internet yang jauh lebih pantas daripada apa yang ada sekarang, dan juga teknologi-teknologi menarik seperti kenderaan swapandu ataupun sistem pengesanan wajah beramai-ramai.

Sewaktu acara pertunjukan projek demonstrasi 5G yang berlangsung di Langkawi, Maxis telah memperlihatkan satu lagi kes uji-kaji menarik yang berkaitan dengan industri pertanian tempatan. Maxis bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk mengimplimentasi teknologi 5G didalam ladang-ladang tempatan.

Projek Smart Agriculture ini sedang dijalankan di Taman Agroteknologi MARDI, Langkawi menggunakan peranti Narrow-Band IoT (NB-IoT) untuk membantu para saintis pertanian MARDI untuk mengukur pelbagai butiran mengenai tanaman anggur di taman tersebut.

Butiran-butiran ini termasuklah kelembapan tanah, nilai pH, jumlah cahaya dan juga suhu dan kelembapan persekitaran. Dengan rangkaian dan peranti-peranti 5G Maxis dan juga pengetahuan MARDI mengenai tanaman-tanaman ini, pekebun boleh mendapatkan maklumat awal mengenai tanaman-tanaman mereka sebelum tanaman mereka menghadapi sebarang masalah.

Dengan sokongan NB-IoT ini juga para pekebun boleh meminimakan penggunaan air dan juga baja disamping memaksimakan pengeluaran buah dan keuntungan.


TIPS & ULASAN