Carian
Xiaomi Memperlihatkan Sokongan Pengecasan Nirwayar 40W
March 2, 2020 Aman

Xiaomi sering mempertontonkan teknologi-teknologi yang bakal hadir pada telefon pintar mereka. Terbaru, hari ini Xiaomi memperlihatkan sokongan pengecasan nirwayar pada kelajuan 40W.

Dengan sokongan terbaru ini, ia membolehkan Xiaomi Mi 10 dengan bateri berkapasiti bateri 4000mAh dapat dicas dalam tempoh 40 minit.

Xiaomi turut menekankan yang mana pengecasan nirwayar ini tidak menghasilkan haba yang tinggi, sekaligus memastikan pengecasan pantas dapat dilakukan dengan efisien.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi peranti manakah yang bakal dipasarkan dengan teknologi pengecasan nirwayar ini.

Komen