Redmi merupakan salah satu jenama dibawah Xiaomi yang sering hadir dengan penawaran peranti yang menarik dengan spesifikasi pertengahan. Terbaru, Redmi telah menjadualkan tarikh 12 Mac 2020 ini untuk pengenalan telefon pintar terbaru mereka, iaitu siri Redmi Note 9.
Melalui gambar acah yang dikongsikan, siri Redmi Note 9 ini dijangka hadir dengan empat kamera belakang. Desas-desus turut mengatakan ia mungkin dilengkapi skrin dengan kadar segar semula tinggi bersama dengannya.
Spesifikasi penuh peranti ini masih tidak diketahui lagi. Berkemungkinan kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam hari-hari akan datang.