Carian
Kemaskini Perisian Graphics Command Center Beta Oleh Intel Membolehkan Pengguna Untuk Merakam Permainan Komputer
March 2, 2020 Nazrin

Apabila bercakap mengenai perisian grafik, anda pasti akan terfikir mengenai perisian dari jenama-jenama seperti AMD dan NVIDIA. Terkini, tiba giliran Intel pula menunjukkan perisian mereka yang dibina khusus untuk mereka yang suka merakam dan menstrim sesi permainan mereka.

Perisian tersebut, yang dinamakan Intel Graphics Command Center ialah sebuah perisian beta yang boleh dimuat-turun melalui laman Microsoft Store. Kemaskini terbaru perisian tersebut membolehkan pengguna merakam sesi permainan mereka dengan mudah.

Video-video yang dirakam ini kemudiannya boleh dimuat-naik ke laman web penstriman video kegemaran mereka seperti YouTube, Twitch, Vimeo dan sebagainya. Pengguna juga boleh memilih resolusi dan kualiti rakaman yang diingini, termasuklah kadar bit (bitrate) dan juga jenis anti-aliasing.

Bagi mereka yang kurang memahami beberapa ciri-ciri grafik yang rumit, Intel turut memasukkan penerangan mengenai ciri-ciri tersebut, dan mengapa ia penting untuk permainan ataupun rakaman anda.

Selain dari ciri rakaman video baru, perisian ini turut memperkenalkan ciri Combined Desktop yang membolehkan perisian ini untuk mencipta satu antaramuka yang menggabungkan dua atau lebih paparan skrin yang disambungkan kepada satu komputer.

Perisian Intel Graphics Command Center Beta ini boleh dimuat-turun di laman web Microsoft Store sekarang.

Komen