Carian
Nubia Red Magic 5G Akan Dilancarkan Pada 12 Mac
March 3, 2020 Effi Saharudin

Peranti untuk permua Nubia Red Magic 5G akan secara rasminya dilancarkan pada 12 Mac ini. Ia adalah model kemas kini kepada Red Magic 3 dengan penambahbaikan spesifikasi dan akhirnya sokongan rangkaian 5G.

Setakat ini ia disahkan akan menggunakan cip Snapdragon 865, memori sehingga 16GB, skrin 6.65″ 144Hz, sistem penyejukan aktif dan dua butang kapasitif pada bahagian sisi yang berfungsi sebagai picu dalam permua. Bateri sebesar 4400 mAh yang digunakan pula menyokong sistem pengecasan pantas 55W. Spesifikasi tri-kamera pula masih lagi misteri tetapi ini semua akan terjawab semasa acara pelancarannya kelak.

Komen