Samsung Galaxy A30s Dan A51 Kini Ditawarkan Pada Harga Promosi Bermula Dari RM899

Samsung Galaxy A30s Dan A51 Kini Ditawarkan Pada Harga Promosi Bermula Dari RM899

Diterbitkan pada Mac 3, 2020 oleh .

Semua pengguna menantikan promosi peranti pintar yang didambakan. Selalunya harga promosi diberikan ketika musim perayaan. Tetapi sepanjang bulan Mac ini, Samsung mengurangkan harga jualan untuk dua peranti mereka. Samsung Galaxy A30s kini ditawarkan pada harga RM899 manakala Galaxy A50 pula ditawarkan pada harga RM1199.

Samsung Galaxy A50Pelanggan walau bagaimanapun perlu membawa sebuah peranti lama untuk ditukar beli bagi menerima rebat harga RM100 berbanding harga jualan biasa.

Samsung Galaxy A30s hadir dengan skrin 6.4-inci HD+ Super AMOLED, dijana cip Exynos 7904, dilengkapi memori 4GB RAM, storan 128GB, dan bateri 4000mAh. Ia menyertakan tri-kamera belakang gabungan 25MP + 5MP + 8MP, selain kamera swafoto 16-megapixel.

Manakala Samsung Galaxy A50 hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+ Super AMOLED, dijana cip lapan teras Exynos 9610, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 4000 mAh. Ia turut hadir dengan kamera swafoto 25-megapixel, selain kamera belakang gabungan 25MP + 5MP + 8MP.



TIPS & ULASAN