Shopee Kini Menawarkan Barangan Runcit Meliputi Daging, Makanan Laut Dan Sayuran

Shopee Kini Menawarkan Barangan Runcit Meliputi Daging, Makanan Laut Dan Sayuran

Diterbitkan pada Mac 3, 2020 oleh .

Shopee merupakan salah satu platform edagang yang popular di Malaysia. Melaluinya, anda boleh membeli pelbagai barangan, dan hari ini Shopee terus memperluaskan penawaran dengan turut menambah penghantaran barangan makanan segar terus ke rumah.

Antara kategori baru yang ditambah di platform edagang berkenaan bermula hari ini adalah kemudahan membeli daging segar, makanan laut dan juga sayur-sayuran.

Shopee Runcit

Buat masa ini, Shopee menawarkan makanan segar ini melalui kerjasama Fish Club dan juga FreshTap. ia turut meliputi kawasan sekitar Lembah Klang sahaja buat masa ini, dan dirancang diperkenalkan di seluruh negara tidak lama lagi.

Pengguna dijangka akan menerima barangan mereka dalam tempoh 1 ke 3 hari daripada tarikh pembelian. Seperti biasa, ia akan dibungkus khusus, dan dikenakan cas penghantaran kadar rata sebanyak RM20 untuk Fish Club, selain RM12 untuk FreshTap.

Bersempena dengan pengenalan penjualan ini, beberapa barangan terpilih ditawarkan pada kadar diskaun mencapai 50% untuk 3 dan 4 Mac 2020 ini.

Layari : FreshTap

Layari : Fish Club


TIPS & ULASAN