Cari @ Amanz

Bagi para pemilik kenderaan, salah satu perkara yang mungkin tidak begitu digemari adalah perlu ke pusat khidmat kenderaan selepas suatu ketika untuk melakukan penyelenggaraan kenderaan. Proses ini mungkin mengambil masa yang sedikit lama, selain mungkin menganggu jadual kerja dan sebagainya.

Kini, dalam usaha mengatasi dan memudahkan pengguna, Auto Bavaria telah melancarkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Auto Bavaria i-Service.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melakukan tempahan untuk temujanji penyelenggaraan, melihat sejarah dan log penyelenggaraan, melihat progress dan melakukan pembayaran.

Auto Bavaria i-Service

Pada masa yang sama, anda turut boleh melakukan tempahan untuk kenderaan i-Service hadir ke lokasi anda – rumah atau tempat kerja, dan melakukan penyelenggaraan seperti menukar minyak, menukar tayar, bateri, dan sebagainya. Hal ini, sekaligus akan memudahkan dan menjimatkan masa pengguna.

Buat masa ini, ia meliputi lokasi sekitar 40 kilometer daripada pusat pengedar Auto Bavaria terdekat, dan sekitar Lembah Klang sahaja. Ia beroperasi enam hari setiap minggu dari 9 pagi ke 5 petang pada hari bekerja biasa, dan 9 pagi ke 12 tengah hari pada hari Sabtu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd