Realme C3 Dengan Helio G70 Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM499

Realme C3 Dengan Helio G70 Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM499

Diterbitkan pada Mac 3, 2020 oleh .

Realme sungguh terkenal dengan peranti kelas pertengahan mereka. Ia dijual pada harga yang mampu milik, prestasi dan kamera yang agak hebat dan mempunyai spesifikasi yang memuaskan. Terkini, Realme hadir dengan siri warna – atau siri Colour. Peranti pertama mereka adalah Realme C3. Ia adalah siri C, cuma dengan fokus yang lebih ceria.

Realme C3 adalah pengganti kepada Realme C2. Ia menggunakan skrin 6.5-inci LCD HD+, dijana dengan cip MediaTek baharu Helio G70 dan dipadankan dengan memori 3GB RAM dan storan dalaman 32GB. Bateri adalah 5000mAh dengan sistem pengecasan 10W. Kamera utama adalah dari tiga lensa; 12MP + 2MP makro + 2MP sensor kedalaman. Kamera swafoto pula adalah 5MP.

Panel belakang peranti adalah plastik, dengan corak seakan sinar matahari. Peranti juga lebih cekam, kerana panel belakang turut mempunyai kemasan yang kesat dan kasar. Paling mengecewakan adalah port pengecasan masih menggunakan microUSB. Bukan itu sahaja, peranti Realme baharu ini turut merupakan peranti Realme pertama yang terus keluar dari kotak telah menjalankan Relame UI 1.0 (bukan lagi ColorOS) berasaskan Android 10.

 

Harga jualan adalah RM499 dan Realme menawarkan pilihan warna biru atau merah. Untuk setiap pembelian pada hari ini sahaja di Shopee 3 Mac 2020, diskaun RM20 akan diberikan. Realme C3 ini dipasarkan di Malaysia sebagai sebuah peranriĀ gaming murah.



TIPS & ULASAN