Bauhutte Memperlihatkan Katil Gaming Untuk Gamer Tegar Yang Malas Keluar Dari Bilik

Bauhutte Memperlihatkan Katil Gaming Untuk Gamer Tegar Yang Malas Keluar Dari Bilik

Diterbitkan pada Mac 3, 2020 oleh .

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak syarikat telah memperlihatkan perabot gaming seperti kerusi, meja dan juga kubu yang menggabungkan kedua-dua benda ini.

Bauhutte ialah sebuah syarikat pembina perabot gaming dari Jepun yang baru-baru ini telah memperlihatkan satu konsep perabot gaming yang kami pasti gamer tegar yang malas keluar dari bilik akan sukai.

Konsep tersebut ialah sebuah katil gaming yang membolehkan seorang gamer untuk bermain permainan kegemaran mereka, dan juga makan dan minum diatas katil tanpa sebarang masalah.

Katil ini bersaiz twin yang hanya memuatkan satu orang, tetapi katil ini hadir dengan meja dan laci yang mencukupi untuk merumahkan dua paparan skrin, papan kekunci dan tetikus, dan pelbagai permainan fizikal, makanan ringan dan minuman yang mencukupi supaya anda tidak perlu keluar dari bilik langsung.

Dalam pada itu katil ini juga dilengkapi dengan sebuah beg kacang (bean bag) yang membolehkan anda bersandar dalam keadaan duduk untuk pengalaman gaming yang lebih selesa.

Buat masa ini, Bauhutte hanya menjual perabot-perabot gaming ini di Jepun sahaja, tetapi jika anda berminat, anda boleh layari laman web mereka di sini.


TIPS & ULASAN