Huawei Mungkin Akan Menggunakan Gedung Aplikasi AppBazaar Dari IndusOS Untuk Pasaran India

Huawei Mungkin Akan Menggunakan Gedung Aplikasi AppBazaar Dari IndusOS Untuk Pasaran India

Diterbitkan pada Mac 3, 2020 oleh .

Huawei masih mempunyai halangan untuk urusan perdagangan dengan syarikat Amerika Syarikat, lebih-lebih lagi bersama Google. Semua peranti Android Huawei, terpaksa menggunakan perkhidmatan mereka yang tersendiri – iaitu Huawei Mobile Services (HMS). Peranti pertama mereka yang menggunakan HMS adalah siri Mate 30. Perkara ini akan menyusahkan ramai pengguna global, kerana sukar untuk menerima perubahan baru.

Terkini, Huawei dilaporkan sedang mencari alternatif lain untuk gedung aplikasi selain Huawei AppGallery. Mereka dikatakan dalam perbincangan untuk menggunakan AppBazaar dari InduOS untuk pasaran India. AppBazaar mempunyai 400,000 aplikasi yang menyokong 12 bahasa tempatan, Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kannada, Malayalam, Marathi, Odia, Punjabi, Tamil, Telugu, dan Urdu. Penggunaan gedung aplikasi AppBazaar ini dikatakan akan digunakan pada peranti-peranti Huawei dan Honor di India. Tetapi turut masih dalam perbincangan untuk dikembangkan kepada pasaran global.

Disebabkan Huawei terpaksa mencari alternatif lain dengan gedung aplikasi lain, ini bermakna – Huawei AppGallery tidak beroperasi dengan baik. Ada kemungkinan adalah aplikasi yang terhad dan pembangun yang was-was untuk terbit aplikasi mereka ke syarikat China yang kerap berlaku isu menjual/meniris data pengguna.


TIPS & ULASAN