Cari @ Amanz

Facebook kini telah hadir dengan kemaskini terbaru untuk aplikasi Messenger untuk iOS, dimana ia kini menggunakan kod yang ditambah-baik, sekaligus menjadikan aplikasi permesejan ini berfungsi dengan lebih pantas, selain menggunakan ruangan storan yang lebih kecil.

Facebook Messenger iOS

Pada masa yang sama, Messenger kini memfokuskan kepada antaramuka yang lebih ringkas – memfokuska kepada tetingkap sembang, selain senarai rakan-rakan sahaja. Tiada lagi tab-tab menganggu lain yang tidak digunakan pengguna.

Dari segi saiz aplikasi, ia dikatakan bersaiz hanya 1/4 berbanding versi sebelum ini di iOS.

Bagi anda yang menggunakan Facebook Messenger di iPhone, anda boleh mengemaskini aplikasi anda dan menikmati penawaran terbaru daripada Facebook ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd