Huawei telah pun mengumumkan sebelum ini, yang mana mereka akan melancarkan Huawei P40 pada penghujung bulan Mac ini. Selari dengannya, kini beberapa gambar hadir ke arena web, memperlihatkan rekaan prototaip untuk telefon pintar yang diperkatakan sebagai Huawei P40.
Dikongsikan oleh Digital Trends, mereka memperlihatkan beberapa gambar jelas untuk prototaip yang dikatakan sebagai Huawei P40. Ia memperlihatkan penggunaan kamera belakang dengan empat sensor – dimana ia turut menyertakan sensor ToF dan juga sensor untuk zum.
Seperti siri-P sebelum ini, Huawei dijangka akan terus memfokuskan kepada sokongan kamera. Huawei turut dijangka melengkapkan peranti ini dengan Huawei AppGallery untuk akses ke aplikasi.
Apa pun, untuk makluman, ini hanya peranti prototaip sahaja – dan berkemungkinan peranti akhir kelak adalah berbeza. Apatah lagi, dengan ketirisan beberapa gambar sebelum ini yang jauh berbeza dengan gambar peranti prototaip ini.