OnePlus 8 Mungkin Diperkenalkan Pada Pertengahan April 2020
March 4, 2020
OnePlus
Aman
OnePlus sering memperkenalkan dua peranti baru pada setiap tahun. Terkini, ramai yang menantikan pengenalan OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro.

Kedua-dua peranti berkenaan telah tertiris ke arena web sejak beberapa bulan yang lepas. Menurut laporan terbaru daripada TechRadar, ia diperkatakan OnePlus merancang pengenalan siri OnePlus 8 menjelang pertengahan April 2020 ini.
Buat masa ini, pihak OnePlus sendiri masih belum mengumumkan berkenaan hal ini. Sebelum ini, pada tahun lepas, siri OnePlus 7 telah diperkenalkan pada bulan Mei. Mungkinkah tahun ini, pihak OnePlus memilih untuk memperkenalkan peranti mereka dengan lebih awal lagi?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.