Cari @ Amanz

Fon telinga nirwayar kini dipasarkan oleh kesemua pengeluar ternama. Ini adalah bagi menyokong peranti mereka yang secara majoritinya tidak lagi mempunyai bicu audio 3.5mm. Terkini Xiaomi telah mempatenkan  sebuah kerangka telefon pintar yang boleh mengecas sepasang fon telinga secara nirwayar.

Rekaan kerangka unik telah difailkan menerusi badan pendaftaran rekaan CNIPA di China. Apabila tidak digunakan, dua fon telinga nirwayar boleh dimasukkan ke dalam pemegang khas pada panel belakang kerangka. Dengan ini fon telinga nirwayar boleh dicas semula dengan pantas tanpa perlu dimasukkan semula ke dalam pod pengecasnya.

Ini pada hemat kami adalah sebuah idea yang menarik namun begitu ia pastinya menghasilkan kerangka telefon yang lebih tebal dari biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd