Adakah Apple Akan Memperkenalkan MacBook Pro Baru Dengan Paparan Mini LED?

Adakah Apple Akan Memperkenalkan MacBook Pro Baru Dengan Paparan Mini LED?

Diterbitkan pada Mac 4, 2020 oleh .

Apple dilihat memperkenalkan banyak pembaharuan pada peranti-peranti siri Mac mereka pada tahun lepas, seperti peranti MacBook Pro 16 inci yang baru dengan bezel nipis, dan juga komputer Mac Pro yang memperlihatkan rekaan komputer klasik dengan sentuhan premium Apple.

Ura-ura terkini mengatakan bahawa Apple akan memperkenalkan siri komputer riba MacBook Pro dengan saiz paparan baru 14.1 inci yang akan menggantikan model 13 inci yang digunakan selama ini.

Ming-Chi Kuo, penganalisa terkemuka yang dikenali untuk ramalan-ramalan peranti yang tepat berkata bahawa tidak lama lagi, tiba giliran MacBook Pro yang lebih kecil pula untuk mendapatkan pembaharuan dari segi rekaan.

MacBook tersebut dikatakan akan menggunakan panel Mini LED yang boleh memberikannya kecerahan yang lebih tinggi dan warna yang lebih ranggi, sesuai untuk mereka yang bekerja didalam bidang rekaan seni dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, beliau juga berpendapat bahawa peranti-peranti Apple yang lain seperti siri iPad dan iMac Pro juga akan menerima kemaskini paparan skrin Mini LED yang sama.

Walaupun begitu, beliau tidak pasti bilakah peranti-peranti ini akan diperkenalkan, dan hanya pasti bahawa iMac Pro akan diperkenalkan sekitar suku keempat tahun ini.



TIPS & ULASAN