Google Dan Microsoft Memberi Akses Percuma Kepada Perisian Kolaborasi Premium Mereka Untuk Memudahkan Orang Ramai Bekerja Dari Rumah

Google Dan Microsoft Memberi Akses Percuma Kepada Perisian Kolaborasi Premium Mereka Untuk Memudahkan Orang Ramai Bekerja Dari Rumah

Diterbitkan pada Mac 4, 2020 oleh .

Akibat wabak koronavirus COVID-19 yang sedang berleluasa diseluruh dunia, banyak syarikat telah menyarankan para pekerja mereka untuk bekerja di rumah untuk mengurangkan kebarangkalian mereka dijangkiti.

Terkini, dua syarikat teknologi terbesar di dunia, Google dan Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan memberi akses percuma kepada perisian kolaborasi premium mereka, Google Hangouts Meet dan Microsoft Team versi premium untuk syarikat-syarikat, institusi pelajaran dan organisasi-organisasi yang memerlukannya.

Dengan Google Hangouts Meet, pengguna akan menerima akses kepada semua perisian G Suite dan G Suite For Education dari sekarang hingga 1 Julai 2020 kelak. Dengan perisian ini, mana-mana institusi boleh mengadakan mesyuarat atas talian dengan peserta seramai 250 orang.

Untuk perisian Microsoft Team pula, Microsoft mula memperkenalkan tahap percubaan selama enam bulan untuk ciri-ciri premium Microsoft Team. Akan tetapi, untuk mengakses tahap percubaan ini, syarikat-syarikat harus menghubungi pihak Microsoft terlebih dahulu untuk memastikan mereka benar-benar perlu menggunakan perisian ini.



TIPS & ULASAN