Cari @ Amanz

Moment adalah syarikat yang terkenal dengan aksesori kamera untuk telefon pintar. Antara aksesori mereka yang terkenal adalah lensa modular dan kerangka pelindung dengan cagak lensa terbina. Harga setiap aksesori Moment ini adalah mahal, kerana mereka kategorikan sebagai produk premium dan ia dihasilkan oleh orang-orang profesional dalam bidang fotografi/videografi. Moment turut mempunyai aplikasi “Moment Pro Camera” yang sesuai digunakan pada Andorid atau iOS bersama-sama dengan lensa mereka atau tanpa lensa.

Terkini, Moment telah keluarkan kenyataan yang mereka akan menghentikan sokongan Moment Pro Camera untuk Android. Harga aplikasi mereka ini adalah RM16.99, yang mana sebenarnya tidak begitu mahal. Tetapi mempunyai maklum balas negatif sehinggakan menerima hanya 2.4 bintang sahaja. Moment turut menyalahkan pengeluar peranti Android, kerana setiap peranti Android mempunyai perisian kamera yang berbeza dan banyak permintaan kebenaran tidak dapat diakses. Secara tidak langsung menjadikan sokongan aplikasi mereka terhad.

Moment akan terus fokus kepada aplikasi iOS sahaja. Tetapi untuk Android, aplikasi ini tidak akan dibuang di Play Store. Ia akan kekal berada di situ, cuma tiada lagi kemaskini untuk masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd