Samsung Pay Bakal Mengintegrasikan Sokongan Boost

Samsung Pay Bakal Mengintegrasikan Sokongan Boost

Diterbitkan pada Mac 4, 2020 oleh .

Boost merupakan salah satu perkhidmatan dompet digital yang ditawarkan di Malaysia. Ia membolehkan pengguna membuat tambah-nilai ke akaun Boost, dan menggunakannya dalam pelbagai transaksi – termasuk dengan mengimbas kod QR untuk pembayaran nirtunai.

Samsung Pay Boost

Terbaru, ia dilihat Boost bakal bekerjasama dengan Samsung untuk Samsung Pay. Hal ini diketahui melalui set Samsung Galaxy S20 tempatan, ia menawarkan skrin permulaan yang memaparkan Samsung Pay bersama kad maya Boost.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bagaimanakah integrasi kedua-dua pihak ini akan berlaku. Samsung Pay sedia menyokong pembayaran di terminal kad kredit di pelbagai lokasi pada hari ini. Integrasi Boost ke Samsung Pay semestinya akan menguntungkan kedua-dua pihak dalam meningkatkan lagi kadar transaksi nirtunai di Malaysia.

Apa pun, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan bilakah Samsung dan Boost akan mengumumkan kerjasama ini secara rasminya.


TIPS & ULASAN