Imej Sebenar Yang Dikatakan Pixel 4a Tertiris

Imej Sebenar Yang Dikatakan Pixel 4a Tertiris

Diterbitkan pada Mac 4, 2020 oleh .

Google Pixel 4a dijangka akan dilancarkan pada tahun ini di acara Google I/O. Namun, acara Google I/O telah dibatalkan dan tidak pasti bilakah peranti ini akan diperlihatkan. Google mungkin akan mengadakan acara secara atas talian, tetapi kita masih perlu nantikan pengumuman rasmi Google kelak. Pixel 3a adalah peranti kelas pertengahan mereka dan merupakan peranti Pixel yang paling laris. Jadi, dengan banyak kekecewaan pada Pixel 4 – Pixel 4a mungkin akan mengambil kembali minat peminat Pixel.

Baru-baru ini, imej sebenar yang dikatakan Pixel 4a telah tertiris. Ia kelihatan mirip dengan imej pengolokan yang pernah tersebar sebelum ini. Tetapi pada bahagian skrin, ia kelihatan sedikit melengkung – mungkin kemasan 2.5D seakan Pixel 2 XL. Panel belakang pula kelihatan mempunyai modul kamera segi empat dengan satu lensa yang dikatakan 12MP dan lampe LED flash. Peranti dijangka menggunakan skrin bersaiz lebih besar dari Pixel 3a, iaitu 5.7-inci atau 5.8-inci dan mungkin akan tiada variasi XL.

Cip pula dikatakan mungkin adalah Snapdragon 730 dan ada juga kemungkinan penggunaan cip Snapdragon 765G untuk sokongan 5G. Tidak pasti apakah strategi Google kali ini untuk peranti kelas pertengahan baharu mereka – Pixel 4a. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN