Carian
Apple Kini Membolehkan Aplikasi Menghantar Iklan Sebagai Notifikasi
March 5, 2020 Aman

Apple hari ini telah mengumumkan kemaskini kepada peraturan penerbitan aplikasi pada App Store. Melalui perubahan baru ini, Apple kini membolehkan aplikasi yang diterbitkan di App Store untuk menghantar iklan dan promosi sebagai notifikasi kepada peranti pengguna.

Walaubagaimanapun, pengguna perlulah memberi kebenaran terlebih dahulu untuk menerima notifkasi seumpamanya daripada aplikasi pada peranti Apple berkaitan.

Pada masa yang sama, Apple turut mengumumkan yang mana aplikasi tilikan nasib dan berkencan (dating) – melainkan ia menawarkan pengalaman yang unik serta berkualiti.

Komen