Nubia Red Magic 5G Akan Ditawarkan Dalam Versi Lutsinar

Nubia Red Magic 5G Akan Ditawarkan Dalam Versi Lutsinar

Diterbitkan pada Mac 5, 2020 oleh .

Nubia Red Magic 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Mac kelak bagi menandingi Black Shark 3. Bagi menarik perhatian pengguna, peranti untuk permua ini akan ditawarkan dalam versi lutsinar yang membolehkan komponen dalaman dilihat dari luar.

Kewujudan versi ini didedahkan sendiri menerusi video acah yang telah dikongsi menerusi laman Weibo rasmi Nubia. Dapat dilihat sistem kipas penyejuk aktif yang mengalirkan udara pada pemproses Snapdragon 865. Tidak seperti telefon pintar biasa, sistem penyejukan aktif ini memastikan masalah peranti menjadi panas dapat dielakkan tanpa menggunakan aksesori tambahan.



TIPS & ULASAN