Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menutup sementara ibu pejabat dan bangunan lama MCMC Cyberjaya. Kedua-dua bangunan ini akan ditutup selama dua hari ini, iaitu pada 5 Mac dan juga 6 Mac 2020.
SKMM mengatakan tindakan penutupan sementara ini adalah salah satu langkah proaktif disebabkan penularan wabak Covid-19, sekaligus lebih memfokuskan kepada keselamatan dan kesihatan semua pihak.
Sebagai alternatif, orang ramai boleh membuat urusan secara atas-talian untuk sementara waktu ini.
SKMM turut menekankan yang mana operasi SKMM akan beroperasi seperti biasa dengan kakitangan SKMM bekerja dari rumah.