iFixit – Samsung Galaxy S20 Ultra Amat Sukar Untuk Dibaiki, Skor Diberi 3/10

iFixit – Samsung Galaxy S20 Ultra Amat Sukar Untuk Dibaiki, Skor Diberi 3/10

Diterbitkan pada Mac 5, 2020 oleh .

Apabila membeli peranti, kos membaiki sekiranya berlaku kerosakan jarang sekali menjadi faktor pembelian. Dengan penggunaan skrin nirbingkai dan tubuh kaca, kos membaiki peranti kini melonjak ke empat angka sekiranya anda tidak bernasib baik. Seperti biasa apabila peranti baru mula dijual, iFixit akan melakukan analisa sama ada ia mudah dibaiki ataupun tidak.

Mereka baru sahaja melaporkan analisa untuk Samsung Galaxy S20 Ultra. Peranti ini didapati mempunyai kesukaran untuk dibaiki yang sama dengan Galaxy S10+ tahun lepas. Markah 3 daripada 10 diberikan untuk kemudahan membaiki S20 Ultra. Setakat ini sejak tahun lepas, semua peranti Samsung mempunyai tahap kesukaran yang lebih kurang sama.

Walau bagaimanapun penggunaan gam yang banyak akan menyukarkan proses membuka peranti. Terdapat risiko tinggi panel kaca dan skrin retak ketika proses membaiki. Markah yang diterima oleh Galaxy 20 Ultra ini amat teruk jika dibandingkan dengan iPhone 11 Pro Max yang mempunyai skor 6/10.



TIPS & ULASAN