Realme 6 & 6 Pro Dilancarkan – 90Hz, 30W, 64MP Kuad-Kamera, Harga Bermula Sekitar RM738

Realme 6 & 6 Pro Dilancarkan – 90Hz, 30W, 64MP Kuad-Kamera, Harga Bermula Sekitar RM738

Diterbitkan pada Mac 5, 2020 oleh .

Realme 6 dan Realme 6 Pro telah pun dilancarkan hari ini. Kali ini, Realme membawakan kejutan untuk para peminat mereka dan peranti mereka tidak lagi kelihatan murah. Sebaliknya, ini adalah sesuatu yang baru untuk Realme dan siri Realme 6 ini dilihat sebagai peranti kelas pertengahan premium mereka.

Realme 6 hadir dengan skrin 6.5-inci LCD FHD+, 90Hz dan menggunakan rekaan nirbingkai skrin berlubang. Skrin dilindungi dengan kaca Gorilla Glass 3 dan peranti dijana dengan cip MediaTek Helio G90T. Ia dipadankan pula dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB UFS 2.1. Ia turut menawarkan sokongan kad microSD. Kamera utama adalah lensa 64MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto adalah 16MP. Bateri yang digunakan adalaj 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W (disediakan dalam kotak).

Harga jualan Realme 6 bermula dari INR 12,999 sehingga INR 15,999, iaitu sekitar RM738 – RM908.

Realme 6 Pro pula adalah variasi lain dengan spesifikasi yang lebih tinggi. Ia menggunakan skrin yang sedikit lebih besar iaitu 6.6-inci LCD FHD+. Juga menyokong 90Hz, tetapi rekaan hadapan adalah dwi-lubang pada skrin. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon baharu, 720G dan dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB UFS 2.1. Kamera utama adalah 64MP + 12MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto adalah 16MP + 8MP. Kamera Realme 6 Pro ini menyokong penstabilan imej optikal UIS. Bateri adalah sama dengan 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

Realme 6 Pro dijual pada harga dari INR 16,999 sehingga INR 18,999, iaitu sekitar RM965 – RM1079.

Kedua-dua peranti turut menyokong sistem navigasi dari India sendiri – NavIC. Kemudian, kedua-dua Realme 6 dan Realme 6 Pro akan mula dijual di India pada 11 Mac ini melalui laman web rasmi Realme India dan juga Flipkart.

Dengan harga yang amat murah dengan spesifikasi yang ditawarkan ini, ia akan bersaing dengan dahsyat dengan Poco X2 dan juga Redmo K30 4G. Penjualan di Malaysia masih belum diumumkan oleh Realme Malaysia. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN