Pada minggu yang lalu, kami telah menyenaraikan peranti-peranti mercu yang akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 865 pada tahun ini. Diantara peranti yang menarik perhatian ialah Legion Phone, iaitu peranti mercu oleh jenama komputer yang popular, iaitu Lenovo.
Selain daripada penggunaan cip Snapdragon 865 tersebut, tidak banyak yang diketahui mengenai peranti tersebut, tetapi kini, Pengurus Besar Lenovo Mobile China, Chen Jin telah mengacah sebuah gambar yang menunjukkan bahawa Legion Phone akan menggunakan sistem penyejukan “lain dari yang lain”.
Sayangnya, Chen Jin tidak mengulas lanjut mengenai sistem penyejukan tersebut, samada ianya menggunakan penyejukan udara pasif, ataupun penyejukan cecair. Spesifikasi yang lain seperti jumlah memori, storan, kamera dan juga rekaan peranti tersebut juga tidak diketahui buat masa ini.