OnePlus Menerbit Aplikasi File Manager Ke Play Store Untuk Kemaskini Lebih Pantas

OnePlus Menerbit Aplikasi File Manager Ke Play Store Untuk Kemaskini Lebih Pantas

Diterbitkan pada Mac 5, 2020 oleh .

OnePlus seperti pengeluar lain, menggunakan sistem operasi tersendiri pada peranti Android mereka. Sistem mereka adalah Oxygen OS dan seperti sistem operasi tersendiri pengeluar lain, ia hadir terbina dengan pelbagai aplikasi sistem tersendiri seperti pengurus fail, jam, aplikasi cuaca, aplikasi mengambil nota dan banyak lagi.

Pada Oxygen OS terdapat aplikasi pengurus fail yang diberi nama File Manager. Ia mempunyai antaramuka yang mudah digunakan dan mesra pengguna. Semua kemaskini ciri dan fungsi aplikasi ini akan diberikan melalui kemaskini sistem. Terkini, OnePlus terbit aplikasi pengurus fail mereka ini ke Play Store untuk kemaskini yang lebih pantas.

Walau bagaimanapun, di Play Store aplikasi ini masih berada dalam status Early Access. OnePlus turut tawarkan percubaan beta melalui Play Store. Seperti aplikasi lain OnePlus yang sudah ada di Play Store Gallery, Weather, Launcher, dan ZenMode – ia hanya boleh dimuat turun oleh pengguna OnePlus dengan OxygenOS sahaja.

Muat Turun Aplikasi File Manager OnePlus Di Play Store



TIPS & ULASAN