Ura-Ura: Xiaomi Akan Menaiktaraf Mi MIX Alpha Dengan Snapdragon 865

Ura-Ura: Xiaomi Akan Menaiktaraf Mi MIX Alpha Dengan Snapdragon 865

Diterbitkan pada Mac 5, 2020 oleh .

Shuma Xianliao Zhan atau pun Digital Chat Station adalah peniris yang terkenal dan hampir tepat bagi peranti-peranti dari China, seperti Xiaomi, Oppo, Vivo dan sebagainya. Informasi yang beliau berikan setakat ini boleh dipercayai. Terkini, beliau telah menerbit di Weibo satu kenyataan berkaitan Xiaomi Mi MIX Alpha.

Menurut beliau, Mi MIX Alpha akan dinaiktaraf kepada cip pemproses Snapdragon 865, berbanding Snapdragon 855 yang digunakan sekarang. Walau bagaimanapun, peranti ini masih tiada perancangan untuk dijual kepada umum. Harga jualan peranti juga tidak masuk akal yang mencecah belasan ribu. Ini berkemungkinan peranti ini sukar untuk dihasilkan dan komponennya adalah mahal.

Mi MIX Alpha adalah peranti dengan nisbah skrin-ke-badan melebihi 180%. Ia seakan sebuah peranti yang dilipat kebelakang, tetapi tidak boleh dibuka. Bahan binaan juga adalah amat premium, seperti titanium, silika dan alumina.



TIPS & ULASAN