Rekaan Sony WH-1000XM4 Tertiris Dan Ia Dikilangkan Di Malaysia

Rekaan Sony WH-1000XM4 Tertiris Dan Ia Dikilangkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 6, 2020 oleh .

Sony WH-1000XM3 ialah fon telinga pilihan kami apabila perlu menaiki pesawat. Ia mampu membatalkan hingar dengungan enjin yang menyukarkan kami tidur dalam perjalanan yang jauh. Bagi yang menantikan model kemaskininya sejak tahun lalu, pelancaran Sony WH-1000XM4 semakin hampir kerana rekaannya telah tertiris ke arena web.

Gambar-gambar di atas muncul pada laman Anatel Brazil yang mempunyai tugas yang sama seperti FCC di Amerika Syarikat. Sony WH-1000XM4 akan mempunyai rekaan yang sama seperti WH-1000XM3. Dari pelekat yang jelas kelihatan, fon telinga ini sebenarnya dikilangkan di negara kita Malaysia.

Selain mengekalkan rekaan yang sama, fon kepala ini juga akan mengekalkan kesemua fungsi sedia ada seperti kemampuan menyeru pembantu maya dan mod transparensi. Mungkin penambahbaikan akan dilakukan pada kapasiti bateri dan kemampuan pembantalan hingar aktifnya.

Pelancaran WH-1000XM4 pasti akan berlaku dalam masa terdekat memandangkan WH-1000XM3 mula dijual pada harga runtuh bawa RM900 oleh beberapa kedai talian sejak minggu lalu.



TIPS & ULASAN