Cari @ Amanz

Pada hari ini, kebanyakkan pengguna mengakses kandungan melalui peranti mudah-alih mereka. Selari dengannya, Google sebelum ini telah bertahun-tahun memulakan pengoptimasian penawaran mereka untuk skrin mudah-alih, dan kini mengumumkan mereka akan mengutamakan kandungan mesra peranti mudah-alih bermula September 2020 ini pada carian Google.

Dengan langkah ini, Google akan lebih mengutamakan laman-laman yang mesra skrin peranti mudah-alih pada kedudukan tinggi di carian Google, berbanding yang tidak dioptimasikan.

Google juga mengalakkan pembangun web supaya tidak mengasingkan penggunaan URL untuk laman mesra desktop dan peranti mudah-alih. Sebaliknya, anda digalakkan menggunakan URL yang sama, dan lebih mengoptimasikan paparan melalui penggunaan rekaan web.

Google mengatakan 70% daripada laman yang dipaparkan pada hasil carian Google telah pun sedia dioptimasikan untuk skrin mudah-alih. Mungkin angka ini akan berubah drastik menjelang September 2020 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd