Motorola Moto G8 Dilancarkan Dengan Snapdragon 665 Dan Tri-Kamera
Artikel Berkaitan

Motorola Moto G8 Dilancarkan Dengan Snapdragon 665 Dan Tri-Kamera

Diterbitkan pada Mac 6, 2020 oleh .

Motorola Moto G8 dilancarkan di Brazil semalam dan ini adalah peranti ke empat di dalam keluarga G8 yang telah dilancarkan oleh Motorola. Motorola Moto G8 dilengkapi skrin 6.4″ LCD HD+, dijana cip Snapdragon 665, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB RAM dengan sokongan kad mikro SD sehingga 128GB.

Kamera utama pada bahagian belakang menggabungkan sensor 16+8+2 MP dengan sistem pemfokusan laser. Konfigurasi lensa pula ialah sudut lebar, ultra sudut lebar dan makro.Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera 8 MP pula digunakan dan ia diletakkan dalam lubang kamera terbina pada skrin. Peranti mampu melakukan rakaman video sehingga 4K 30FPS.

Peranti ini menggunakan bateri sebesar 4000 mAh yang lebih besar berbanding 3000 mAh pada G7 tahun lalu. Walau bagaimanapun ia sekadar menyokong pengecasan 10W menerusi port USB-C.

Masih terdapat sebuah bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah dan juga pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang terbina pada logo. Walaupun ia sebuah peranti kelas pertengahan, sokongan NFC tidak disertakan. Di Brazil Motorola Moto G8 dijual pada harga BRL 1299 (~RM 1180) sebuah.



TIPS & ULASAN