Cari @ Amanz

Oppo hari ini secara ramsinya telah melancarkan siri Oppo Find X2. Berbeza dengan dua tahun lepas, siri Oppo Find X kali ini membawakan dua peranti mercu berbeza iaitu Find X2 dan Find X2 Pro. Oppo turut memberikan kejutan, kerana buat pertama kalinya peranti mereka mempunyai perlindungan kalis air dan debu. Kedua-dua peranti turut hadir dengan sokongan 5G dan menggunakan tetapan tri-kamera.

Oppo Find X2 Pro

Ia hadir dengan skrin 6.7-inci OLED QHD+, 120Hz Skrin Ultra Vision, nisbah skrin-ke-badan 93.1% dan menesan sentuhan 240Hz. Skrin peranti turut menyokong paparan HDR10+, mempunyai kecerahan 800 nits dan kecerahan HDR 1,200 nits. Perlindungan skrin pula adalah dari kaca Corning Gorilla Glass 6. Kemudian peranti ini dijana dengan Snapdragon 865 dan dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB UFS 3.0. Panel belakang peranti diperbuat daripada seramik hitam atau turut boleh dipilih dalam versi kulit tiruan jingga.

Untuk kamera utama, ia menggunakan tetapan lama – iaitu tri-kamera. Teknologi kamera yang digunakan adalah Ultra Vision dari gabungan lensa 48MP sudut lebar f/1.7 + 48MP sudut ultra lebar f/2.2 120 darjah, sokongan makro 3sm + 13MP lensa telefoto periskop f/3.0, 10x zum hibrid, 60x zum digital. Untuk kamera swafoto, ia berada pada skrin hadapan dalam rekaan skrin berlubang – lensanya adalah 32MP f/2.4. Kameranya menyokong All Pixel Omni-Directional PDAF, Dual Native ISO, 12-bit True Capture, Ultra Night Mode 3.0, Live HDR Video dan Ultra Steady Video Pro. Selain itu ia turut hadir dengan sokongan EIS, OIS, XDAF, LAF dan rakaman video 4K 60FPS.

Peranti ini seperti yang dikatakan tadi, menyokong 5G. Rangkaian yang disokong adalah kedua-dua 5G SA dan NSA. Spesifikasi lain adalah, sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.1 dan NFC. Bateri yang digunakan adalah 4260mAh dwi-sel dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 Flash Charge. Sistem operasi yang dijalankan pula adalah Color OS 7.1 berasaskan Android 10.

Oppo Find X2

Secara keseluruhan, sama sahaja dengan Oppo Find X2 Pro. Dari skrin, rekaan dan cip pemprosesan. Cuma Find X2 menggunakan panel belakang kaca Gorilla Glass 6 yang sama dengan perlindungan pada bahagian hadapan. Warna pilihan pula adalah hitam atau biru. Untuk memori ia kekal dengan RAM 12GB dengan storan 256GB UFS 3.0. Seperti Find X2 Pro, kedua-dua peranti tidak mempunyai sokongan kad microSD.

Untuk kamera, teknologinya juga adalah sama – cuma lensa yang digunakan adalah 48MP + 12MP sudut ultra lebar + 13MP telefoto biasa dan bukannya periskop. Sokongan zum hanya 3x optikal dan 20x digital. Kamera swafoto adalah sama sahaja. Bateri peranti ini adalah 4200mAh, beza 60mAh sahaja. Teknologi pengecasan juga adalah sama 65W SuperVOOC 2.0 Flash Charge. Kedua-dua peranti turut mempunyai sokongan perlindungan kalis air dan debu. Find X2 terhad dengan IP54 sahaja (percikan dan debu kasar), manakala Find X2 Pro adalah IP68.

Harga

Oppo Find X2 Pro akan dijual di Malaysia pada harga sekitar RM3500. Namun Oppo Malaysia masih belum mengesahkan lagi harga jualan rasmi peranti ini. Ini bermakna, harga ini akan membunuh Samsung Galaxy S20 yang mempunyai RAM hanya 8GB dan storan hanya 128GB. Bukan itu sahaja, Galaxy S20 juga terhad dengan rangkaian 4G.

Oppo Find X2 pula pasti akan dijual pada harga yang lebih murah. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd