Suara John Legend Akan Dibuang Dari Google Assistant Pada 23 Mac
Fahim Zahar
Pada bulan Mei 2018, Google memperkenalkan enam suara baharu untuk Google Assistant. Suara-suara ini boleh dipilih oleh pengguna, agar sesuai dengan citarasa pengguna. Antara suara yang menarik adalah yang berwarna hijau, Green – The Legend. Ini kerana suara ini adalah suara cameo dari penyanyi John Legend.
"#HeyGoogle, serenade me one more time.” Enjoy @JohnLegend’s cameo Google Assistant voice before it comes to an end on March 23. https://t.co/C4vAzyl3x7
— Google (@Google) March 5, 2020
Dukacita dimaklumkan, suara John Legend ini akan dibuang dari Google Assistant pada 23 Mac. Bagi yang minat dengan suara ini, anda masih boleh menggunakannya dalam tempoh yang singkat ini. Suara John Legend ini hadir dalam pelbagai arahan, seperti gurauan dari Google, nyanyian, dan juga mengawal peranti berhubung. Mungkin akan datang akan ada lagi suara cameo dari selebriti lain pula.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.