Tahun lepas, Spotify dilaporkan sedang menguji “Car Thing”. Ia adalah gajet tersendiri dari Spotify untuk kegunaan dalam kereta. Car Thing ini dilaporkan akan menyokong arahan suara yang boleh diseru dengan menggunakan frasa “Hello Spotify”.
Spotify is working on “Hey Spotify” voice activation pic.twitter.com/PqZI01WZre
— Jane Manchun Wong (@wongmjane) March 4, 2020
Terkini, pembangun bebas terkenal – Jane Manchun Wong telah menemui fungsi baharu dalam aplikasi Spotify. Ia adalah fungsi arahan suara “Hey, Spotify”. Ia dilihat adalah fungsi yang sentiasa mendengar arahan suara pengguna, ketika aplikasi Spotify sedang digunakan atau apabila berada di skrin utama peranti. “Hey, Spotify” ini apabila diseru akan memaparkan antaramuka Spotify Voice yang pernah Jane kicau pada November tahun lepas. Spotify Voice ini dilaporkan boleh diakses melalui butang carian yang ditekan beberapa saat dalam aplikasi.
Spotify is testing a new look for the voice assistant pic.twitter.com/sM1OgN7V3g
— Jane Manchun Wong (@wongmjane) November 14, 2019
Fungsi arahan suara ini jika diedarkan kepada pengguna, berkemungkinan besar adalah untuk kegunaan dalam kereta. Ini kerana apabila peranti diletakkan pada cagak dalam kereta, menggunakan arahan suara adalah lebih mudah – berbanding antaramuka dengan ikon-ikon yang dibesarkan apabila sedang memandu. Fungsi ini juga berkemungkinan besar akan disokong pada peranti Android terlebih dahulu. Untuk iOS ia mungkin akan diperkenalkan dalam integrasi Shortcuts.