Cari @ Amanz

Aplikasi Antutu Benchmark Tidak Lagi Disenaraikan Di Google Play Store

Link Copied!

Apabila peranti baharu diterima di makmal Amanz, kami akan memuat turun aplikasi Antutu Benchmark untuk melakukan ujian penanda aras. Semalam kami cuba memasang aplikasi ini pada sebuah peranti baharu dan terkejut apabila ia tidak lagi disenaraikan di Google Play Store.

Apabila carian Antutu dilakukan di dalam App Store, aplikasi tidak lagi tersenarai dan aplikasi lain yang dicadangkan. Jika carian dilakukan menerusi Google Search pula, terdapat pautan ke Play Store tetapi apabila ditekan skrin akan mengatakan pautan tidak ditemui pada URL yang digunakan.

Aplikasi Antutu Benchmark masih lagi ditawarkan di Apple App Store. Ini adalah misteri yang masih belum terjawab kerana aplikasi masih lagi tersenarai dua hari yang lalu.


Komen ()